Sunday 22 March 2009

ON PPSMI: Kerisauan Yang Berbeza

Sejak bermulanya penulisan aku berkenaan PPSMI, banyak respon dan maklumbalas yang aku dapat dari kawan-kawan dan juga para pembaca; ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya. Di antara kedua-dua pendapat ini, adalah secara semulajadinya atau ‘natural’nya untuk aku lebih ‘concern’ dengan yang tidak menyokong pendapat aku. Setelah mengamati hujah-hujah yang mereka berikan, aku dapati sebahagian besar penentangan mereka terhadap PPSMI lebih berkisar kepada ‘kerisauan’ mereka kepada ketidakcekapan sistem PPSMI itu sendiri dan bukan pada dasarnya. Mereka ‘risau’ akan tahap kecekapan guru-guru dalam melaksanakan PPSMI dan kemampuan murid-murid mengadaptasi sistem tersebut. Untuk hujahan sebegini, ingin aku nyatakan yang aku memahami ‘kerisauan’ mereka dan aku akan kembali membincangkan perkara ini sebentar lagi. Tetapi, ada juga sebahagian kecil penentang yang memberikan alasan-alasan yang langsung tidak dapat aku persetujui, antaranya:

i) PPSMI akan melenyapkan/melemahkan Bahasa Melayu
ii) PPSMI adalah untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris
iii) Pencapaian sains dan matematik kita sudah cukup terkehadapan
iv) Bahasa Melayu sudah cukup untuk kita menguasai Sains dan Matematik

Aku tidak dapat bersetuju dengan alasan-alasan di atas kerana persetujuan keatasnya hanya bermaksud PPSMI mesti dihapuskan. Bukanlah aku tidak bersetuju semata-mata untuk tidak bersetuju (not agreeing for the sake of not agreeing) tetapi secara ‘genuine’nya aku merasakan alasan-alasan di atas adalah tidak terpakai (invalid) dan telah terkeluar dari konteknya.

Berbalik kepada ‘kerisauan’ yang lebih realistik dan lebih berasas tadi, pada pendapat aku, ‘kerisauan’ ini walaupun amat nyata tetapi tidaklah sehingga melayakkan PPSMI untuk dihapuskan. Ia adalah satu permasalahan yang wajib kita hadapi dan tangani bersama. Dan pada pendapat aku lagi, adalah jauh lebih efisyen jika dilaungkan slogan-slogan yang berbunyi “PERKASAKAN PPSMI” atau “PERBAIKI PPSMI” atau “PERBETULKAN PPSMI” pada ‘telinga’ para pemimpin berbanding “HAPUSKAN PPSMI” yang pada aku bukan sahaja ortodok, bahkan ia menutup terus laungan-laungan yang lebih ‘moderate’, lebih ‘realistik’ dan lebih berasas tersebut. Buatlah konferen dan seminar tentang bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Tulislah pendapat-pendapat kita di akhbar-akhbar dan jadikanlah ia perdebatan nasional. Lagipun, selepas enam tahun, memang ia masa yang sesuai untuk kita menilai setiap sistem yang ada, mengolah pada keperluan dan perbetulkan pada kesilapan. Cuma beringatlah, penilaian sesuatu sistem tidak semestinya diikuti dengan penghapusan sistem tersebut.

Tetapi, ingin juga aku nyatakan, walaupun aku memahami ‘kerisauan’ ini, darjah ‘kerisauan’ aku secara relatifnya tidaklah begitu tinggi. Kata lainnya, aku tidaklah ‘risau’ sangat. ‘Ketenangan’ aku ini, yang akan aku senaraikan asas-asasnya, diharapkan dapat memberikan alasan (reason) kepada responden-responden yang ‘tidak bersetuju’ dengan aku agar terus berjuang dalam mood yang moderate dan realistik serta memberikan harapan kepada mereka bahawa konferen-konferen dan seminar-seminar yang akan mereka jalankan, insyaAllah ‘akan menjadi’ (going to work).

Aku agak ‘tenang’ dengan permasalahan ini berdasarkan asas yang utama iaitu bahasa Inggeris dalam perantaraan Sains dan Matematik sepatutnya tidaklah ‘sesusah’ bahasa Inggeris untuk pertuturan harian. Melalui pemerhatian dan pengamatan aku, ayat-ayat saintifik dalam BI adalah berulang-ulang dan atas sifat inilah ia mudah dihadam oleh murid-murid kita selepas satu jangkamasa atau over time. Percayalah, jika terus ‘diulang-ulang’ sejak darjah satu, insyaAllah, murid-murid kita akan mahir dengan keadaan ini macam ‘belakang telapak tangan’ mereka sahaja.

Pernah seorang kawan baik aku menghujahkan secara analogi, tentang betapa susahnya nanti untuk seseorang murid itu menghuraikan proses fotosintesis dalam bahasa Inggeris (hujahannya agak panjang untuk aku berikan di sini). Memanglah terserlah kepayahannya jika kita bayangkan pelajar itu mempelajari proses saintifik tersebut terus pada tahapnya yang tinggi dan serentak dengan pembelajaran bahasa Inggerisnya. Tetapi ingatlah, proses pembelajaran adalah terkumpul sifatnya (accumulative). Secara anologinya, biarlah aku hujah-balaskan perkara ini seperti berikut. Pada darjah satu kita ajarkan, daun itu ‘leave’, hijau itu ‘green’, pada darjah dua kita ajarkan, we need oxygen to breath, pada darjah tiga kita ajarkan chromosome makes the leave look green dan pada darjah empat kita ajarkan chromosome within the leave which makes the leave look green uses sunlight to produce oxygen that we breath dan insyaAllah, pada darjah lima, kita akan dapat seorang Einstein (yang ini aku cuma bergurau). Apa yang aku cuba sampaikan adalah, sifat pembelajaran yang accumulative inilah faktor kenapa PPSMI boleh dilaksanakan.

Sebenarnya, hujahan analogi kawan aku itu jugalah anti-thesis kepada penghapusan PPSMI. Kita tidak boleh menghapuskan PPSMI kerana anologi yang diberikan oleh kawan aku itu tidak boleh dibiarkan berlaku kepada murid-murid kita apabila mereka melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi kelak. Kita tidak mahu mereka terhegeh-hegeh dalam membaca, menulis dan menerangkan fakta-fakta saintifik dan matematik, semata-mata disebabkan oleh kelemahan mereka melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dalam bahasa Inggeris.

Satu lagi sifat bahasa Inggeris dalam perantaraan sains dan matematik yang sepatutnya ‘menenangkan’ kita semua ialah sifatnya yang ‘straightforward’ dan ‘trivial’. Apa yang aku maksudkan di sini ialah bentuk atau pattern ayat yang sama boleh digunakan untuk menerangkan pelbagai keadaan. Ini kerana, dalam sains dan matematik, tiada merit untuk ayat-ayat yang cantik, apa yang wajib ialah fakta-fakta penting mesti disampaikan. Sebagai contoh, satu graf lelurus boleh digunakan untuk menggambarkan peningkatan katakan pendapatan keluarga, ataupun pengambilan pelajar ataupun halaju kenderaan. Perhatikan, untuk setiap keadaan-keadaan ini, satu pattern ayat bahasa Inggeris boleh sentiasa digunakan:

i) the income per family increases linearly
ii) the student intake increases linearly
iii) the velocity of the vehicle increases linearly

Ayat-ayat di atas, bukan sahaja ringkas malah difahami dan diterima oleh seluruh masyarakat saintifik dunia. Dalam buku-buku sains dan matematik yang terkini, disebalik fakta-faktanya yang terbaru, penggunaan bahasa Inggerisnya tidaklah jauh berbeza dari bentuk-bentuk ayat di atas. Bak kata pepatah Inggeris, “It can’t be harder than this”.

Dan atas sifat-sifat bahasa Inggeris yang berulang-ulang dan ‘straightforward’ inilah aku yakin guru-guru kita akan mampu untuk mengajar ‘adik-adik’dan ‘anak-anak’ aku. Dan atas sifat-sifat ini jugalah aku yakin ‘adik-adik’ dan ‘anak-anak’ aku mampu untuk ‘menelan’ semua ini over time. Susah tentulah susah, tapi tidaklah susah ‘sangat’. Lagipun, tidak ada perkara yang senang sekarang ini.

Ada yang mendakwa aku tidak arif tentang keadaan sebenar yang berlaku di sekolah-sekolah kerana aku bukan seorang guru sekolah. Mungkin juga benar dakwaan ini. Tetapi ada satu perkara yang aku tahu tentang sekolah-sekolah kita. Aku tahu dan yakin,ada ramai guru-guru kita yang berhati waja dan bersemangat juang yang sanggup pergi kursus berkali-kali semata-mata untuk memperkasakan diri mereka agar bersedia dalam mendidik anak bangsa kita. Aku tahu dan yakin, ada ramai guru-guru kita yang sanggup bersekang mata di malam hari untuk mentelaah buku-buku ringkasan pengajaran semata-mata untuk ‘mengubah dunia’ esoknya. Guru-guru aku di Sekolah Tun Dr. Ismail, di Sekolah Kebangsaan Talang, di Sekolah Menengah Clifford dan di Sekolah Tuanku Abdul Rahmanlah yang ‘melahirkan’ aku. Jadi, kepercayaan aku dan keyakinan aku pada guru-guru di Malaysia tidak boleh digugat lagi.

Dan untuk anak-anak kita, janganlah dimanja dan dikhuatirkan sangat, bak pepatah aku sendiri “kalau sejak kecil diberi makan rumput, sampai besarlah dia makan rumput”. Hehehe…untuk pepatah yang last ni sure aku kena bambu punye…..

Saturday 14 March 2009

ON PPSMI: DO I HAVE TO READ MORE?

One reader who disagrees with me on PPSMI has asked me to read more. (left: my room at STC) In my defence, I like to tell her that I do read. The following are the photographs taken at my office, picturing the list and type of my reading. Now please, don’t get me wrong. It is never my intention to make proud of myself, instead, I’m just making some points here. First of all, I just got to be bold and say this; I’m one of the few who really reads and understand these books and one of the few who really knows what is going on in the world of today as far as knowledge, science and technology are concerned. (above: my reading on mathematics) Such a privilege, far from being a luxury, traps me into a deep hole of anxiety. Knowing how your society is lagging (and lacking for that matter) is a very dreadful knowledge that plunges you into a state of depression and as if this is not bad enough, it is a one-way street, you know, if one ever wanted to get out. But to get the 23 millions of population to be on the same road, believe me, is a heck of job. (above: my reading on continuum and biomechanics) Although it sounds like an impossible task (hence my ‘ancient’ stance of not to bothering), lets talk about it anyway. So, what would be the road, the one-way street mentioned above? It is the road of a conqueror. By hook or by crook, you just got to conquer the knowledge and its entire realm as there is no other option. But, such a notion troubles us even at the lowest level of definition. (above: my philosophical and Islamic reading) We can not even agree on what do we really mean by a conqueror (or to conquer for that matter)? Does our ability in applying the knowledge qualify us as the conqueror? Or is it the ability to understand the knowledge from the axiomatic and the hypothesis point of views, followed by the theoretical and the theorem levels and end up with all the innovations and the inventions what really classifies the status of a conqueror? (above: my reading on popular sciences i.e Feynman and Einstein) I do not know about you guys, but for me, the latter would simply be the better definition. And the question persists, how can we become such a conqueror (of course as latterly defined)? The answer is indeed very involved but it is sufficed to say, having PPSMI continued is one of them. (Below: my reading on Finite Element, Elasticity and Plasticity)For once, please take my word for granted. For I am the one, who is reading these books and the journal articles, who is teaching the future engineers and scientist and who is at the frontier of researches, thus, I am the one of the few who really knows what it takes. Of course we are having some problems with PPSMI, problems that we just got to solve but to abandon PPSMI after six years of implementation; it still a foolish thing to do. (above: my reading on physics and electromagnetics)
(above: my reading on information systems, hydrology and computational fluid dynamics)
(above: my reading on structural and geotechnical engineering and vibrational analysis)
Surely, I just got to read more...

Friday 13 March 2009

Biar semua orang mati untuk aku………………….

Sementara aku tunggu program aku ni ‘running’, terlintas untuk aku menulis apa yang tengah aku fikirkan sekarang. Aku tengah memikirkan tentang orang-orang yang dah berjuang untuk aku, mereka berjuang sampai mati, hanya untuk memastikan aku menikmati kehidupan aku ini. First sekali, of course Rasullullah, SAW. Baginda berjuang untuk memastikan aku menikmati keIslaman aku. Aku tak dapat nak bayangkan, in fact, aku tak berani nak bayangkan bagaimanakah perasaan Baginda, kesedihan, kesayuan, ke’kecik-hati’an baginda pada manusia dan pada dunia. Tak mungkin ada seorang pejuang yang ujiannya lebih daripada apa yang dilalui oleh Rasullullah. Tetapi, bagaimana Baginda begitu tabah? Aku rasa, sebab Baginda terlalu sayang, terlalu sayang pada manusia, terlalu sayang pada dunia, terlalu sayang pada kita, terlalu sayang pada AKU! Baginda sanggup buat apa saja, biar kena maki, biar kena baling batu, biar mati, takpe, asalkan orang yang Baginda sayang (iaitu kita) dapat menikmati kehidupan ini. Seterusnya para-para sahabat. Mereka mati, korang tolong selami yang ini, mereka berjuang sampai mati, jugak untuk orang yang mereka sayang, iaitu Rasullullah dan kita semua, supaya kita ada apa yang kita ada sekarang. Of course la, semua ni demi Allah, lillahitaala, Rasullullah sayang kita demi Allah, para sahabat sayang kita demi Allah, kita sayang mak dan ayah kita demi Allah, kita sayang isteri dan anak-anak kita, demi Allah, kita sayang kengkawan kita demi Allah kita sayang negara demi Allah, kita sayang demi Allah.

Begitu juga pejuang-pejuang kemudiannya,yang lebih hampir dengan kita, macam Leftenan Adnan. Aku cuba masukkan diri aku dalam tubuh dia waktu dia dekat Bukit apa ek?, aku tak ingat tapi kat atas bukit la dan dikepung oleh Jepun. Bayangkan perasaan dia! Kita kadang-kadang ade anjing kat depan pun dah cuak dah, ada seekor je pulak tu. Tapi Leftenan Adnan, depan dia ada beratus musuh depan mata, ada senapang pulak tu, dan musuh ni tengah naik pelan-pelan, bayangkan betapa gemuruhnya, suspennya, takutnya kalau kita di tempat dia. Itu tak pe lagi, bayangkan la perasaan diwaktu dia teringatkan nasib isteri dan anak-anak dia. Dia tahu yang dia tak akan jumpa lagi isteri dia dan anak2 dia. Pejam mata dan bayangkan, aku takkan jumpa Haziq lagi, aku takkan peluk Hasya lagi, aku takkan cium Nuha lagi, aku tak dapat dukung Binish lagi, aku tak dapat kata pada Lynn… “deng, abang sayang pada kau” lagi sebab sikit lagi aku akan mati. Dan aku juga tahu yang anak2 aku akan bangun tengah malam tanya kat mak diorang, “Mak, ayah mana?”, “Mak, ayah bila nak balik? “Mak, tak boleh ke ayah hidup balik?”. Bayangkan perasaan Leftenan Adnan waktu tu. Tapi dia teruskan berjuang, biar mati tak pe, biar keluarga dia menderita, tak pe, asalkan kita ada apa yang kita ada sekarang ni. Kita cucu dia, dan dia buat semua ni, bukan untuk isteri dan anak2 dia, tapi Leftenan Adnan mati untuk cucu dia, untuk kita.

Bagaimana dengan Bukit Kepong? Korang taip Bukit Kepong di yahoo dan korang baca wikipedia. Dalam tu memang tertulis yang sebenarnya komunis dah suruh diorang menyerah tapi diorang tak nak. Kenapa diorang tak nak menyerah? Kenapa? Diorang tau diorang dah outnumbered, mesti kalah punya, dan kalau diorang menyerah diorang akan selamat, diorang ada peluang untuk cium anak dan isteri lagi, tapi tak, diorang tak menyerah sampai semua mati, diulang semula, sampai semua mati! Sebab mereka terlalu sayangkan cucu mereka, mereka terlalu sayangkan kita, biarkan aku mati, biar isteri aku tak de suami, biar anak2 aku hilang ayah, biar mak aku hilang anak, asalkan cucu aku, asalkan cicit aku AIRIL boleh hidup bahagia, boleh belajar ke luar negara, biar ada PhD, tak pe, biar aku mati.

Kemudian aku terfikir dua perkara:

FIKIRAN 1: Alhamdullillah, sekarang aku dah kabulkan impian dan impian mereka. Aku sekarang menikmati kehidupan aku seperti yang diorang nak. Aku enjoy kereta aku, aku enjoy tv dan cd player aku. Aku ada duit untuk shopping, aku ada segala-galanya. Tapi satu je diorang silap, aku takkan jadi macam diorang, aku tak kan mati untuk cucu2 aku. Sebab aku sayangkan isteri aku dan anak2 aku lebih daripada segala-galanya. Aku tak macam diorang, aku lebih pandai dalam menghargai nyawa aku. Aku tak nak anak2 aku derita selagi aku hidup. Even, tengok anak aku menangis sebab nakkan play-station pon aku dah sedih sangat, inikan pulak dia menangis sebab aku mati. So, aku nak tukar tactic, biar cucu dan cicit aku yang menderita sebab waktu tu aku dah mati, so aku tak perlu nampak diorang menderita. Yes, aku memang pandai, sebab macam ni aku lah yang paling beruntung sebab semua orang akan berkorban dan berjuang untuk aku, dulu dan akan datang. Dulu, nenek moyang aku berjuang untuk aku, dan nanti, cucu dan cicit aku pulak yang berkorban untuk aku. YESSSSS, ko memang power AIRIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!


FIKIRAN 2: So Airil, ko tunggu apa lagi? Tak reti lagi? Ko pun berjuang la jugak, jgn malukan Rasullullah dan nenek moyang ko. Jangan bazirkan pengorbanan mereka. Sekarang ni, pen dan komputerlah pedang dan meriam ko. Solid mechanics dan Finite Element la jurus dan silat ko. Musuh2 ko ialah professor-professor di dunia ni. Akademia dunia adalah tanah yang perlu ko takluk. Inilah peluangnya untuk ko jadi PANGLIMA untuk Islam dan Malaysia. Ko takut ke AIRIL? JANTAN ke ko ni? Orang dah jual, BELILA! Semua orang mengharap pada ko. Anak2 ko hebat jika ko hebat AIRIL!, isteri ko hebat jika ko hebat AIRIL! Masyarakat ko hebat jika ko hebat AIRIL, student ko hebat jika ko hebat AIRIL! universiti ko hebat jika ko hebat AIRIL, negara ko hebat jika ko hebat AIRIL! Agama ko hebat jika ko hebat, AIRIL! Tunggu apa lagi AIRIL? Berjuang la jugak, MATI LA PULAK UNTUK ORANG LAIN………

Tuesday 10 March 2009

PPSMI perlu diteruskan: Pendapat peribadi seorang pensyarah kejuruteraan

Sebelum saya memulakan penulisan saya, biarlah saya perkenalkan diri saya dahulu agar apa yang akan saya hujahkan dapat disandarkan autoriti keatasnya. Saya adalah seorang pensyarah kanan kejuruteraan struktur di UTM. Bidang kepakaran saya adalah kejuruteraan struktur, mekanik continuum (continuum mechanics) dan analisis numerikal (numerical analysis). Saya mendapat PhD dari Imperial College London pada 2007 ketika berumur 30 tahun.

Sebagai seorang yang ‘ahli’ dalam bidang ini (merujuk kepada kejuruteraan, sains dan matematik), saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya mengenai PPSMI. Di sini ingin saya tegaskan, PSSMI harus dan mesti diteruskan demi survival anak-anak kita di masa hadapan. Berikut adalah hujahan saya.

Saya mulakan dengan pernyataan “Ilmu sains dan matematik terlalu kehadapan sehingga melampaui apa yang kita sangkakan”. Ia terlalu kehadapan sehinggakan sebahagian besar ilmu-ilmu tersebut tidak seorang pun di Malaysia (termasuk saya) dapat memahaminya apatah lagi menguasainya. Dan keadaan menjadi kritikal apabila ilmu-ilmu inilah penentu kepada penguasaan dunia dan kemerdekaan sesebuah ‘agama, bangsa dan negara’. Ilmu-ilmu inilah yang didagangkan oleh negara-negara maju yang produknya kita beli dan kita tagihi menyebabkan kita terus ‘miskin’.

Untuk memperjelaskan lagi kepada pembaca, biar saya berikan satu contoh. Lima tahun dahulu telefon bimbit yang tidak boleh merakam video berharga RM 700. Sekarang, dengan dilengkapi dengan rakaman video, telefon bimbit tersebut masih lagi pada harga yang sama. Persoalannya, berapakah harga teknologi rakaman video ini? Ini yang merunsingkan saya dan ia sepatutnya merunsingkan kita semua. Jika teknologi sehebat ini, teknologi yang tiada siapa diantara kita dapat menghasilkannya, amat ‘murah’ harganya, bayangkan ilmu apa lagi yang tersimpan di dalam otak pemikir-pemikir dan saintis-saintis di negara-negara yang ‘mencipta dan menjual telefon-telefon itu’. Sampai bila kita harus menjadi ‘pembeli’, sampai bila kita harus menjadi ‘pengikut’ dan sampai bila kita mesti menjadi ‘hamba’? Inilah persoalan-persoalan yang harus kita jawab demi survival anak-anak kita. Dan jawapannya, sampai kita sendiri menguasai ilmu-ilmu tersebut. Persoalan seterusnya, bila dan bagaimana? Jawapannya, bermula dari sekarang dan caranya adalah seperti yang saya hujahkan di bawah.

Percayakah pembaca bahawa pembelajaran sains dan matematik pada zaman ini perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar secara kendiri (independent) kerana pembelajaran dalam bentuk formal seperti menghadiri kuliah dan tutorial tidak lagi mencukupi. Ini kerana ketika ini, dunia sedang mengalami limpahan ilmu sehinggakan masa dan ruang tidak lagi menyebelahi guru-guru dan pensyarah-pensyarah untuk mereka ajarkan ilmu-ilmu secara keseluruhannya (dan ditambah oleh keterbatasan ilmu guru-guru dan pensyarah-pensyarah itu sendiri seperti yang telah dibincangkan di atas). Pembelajaran kendiri inilah yang memerlukan PPSMI diteruskan.

Pembelajaran kendiri mempunyai pelbagai bentuk dan antaranya ialah pembelajaran kendiri melalui pembacaan. Sebelum kita berbicara lebih jauh, biarlah saya hadkan skop perbincangan kita kepada permasalahan di peringkat pengajian tinggi.

Tahukah pembaca, buku-buku rujukan saintifik dan matematik adalah amat kurang ditulis oleh ahli-ahli akademik tempatan? Malah, pada jumlah penerbitan yang sedikit ini pun, kebanyakannya ditulis didalam bahasa Inggeris. Tahukah juga pembaca, di dalam adab membaca, kita harus memilih bahan bacaan yang telah ‘matang’ (established) yang selalunya ditulis oleh professor-professor besar dalam bidang-bidang yang berkenaan. Analoginya, jika kita ingin mempelajari ilmu telefon bimbit berkamera video yang telah kita bincangkan di atas, kita mesti membaca buku yang ditulis oleh professor-professor yang ‘mencipta’ telefon-telefon itu. Dan masalahnya, semua buku-buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Akan ada yang mencadangkan supaya diterjemahkan sahaja buku-buku ini. Untuk cadangan ini biar saya hujahkan,

i) proses penterjemahan akan melibatkan kehilangan makna pada idea yang cuba disampaikan kerana tiada apa yang lebih asli dan tulus selain dari ungkapan asal penulis tersebut dan dalam hakikat pembelajaran sains dan matematik yang kandungannya amat berat dan kompleks, kita tidak mampu kehilangan makna-makna ini
ii) penterjemahan sebenarnya menambahkan kekeliruan pembaca kerana perkataan yang diterjemahkan itu sendiri bukanlah ayat yang biasa digunakan seharian. Sebagai contoh, perkataan ‘pengamiran’ yang digunakan untuk menggantikan perkataan ‘integration’ tidak pun pernah kita gunakan dalam urusan seharian. Bertambah pelik apabila ‘joy stick’ diterjemahkan sebagai ‘kayu ria’. Apa perlunya penterjemahan jika ‘trivial solution’ digantikan oleh ‘penyelesaian trivial’. Apakah perkataan Bahasa Melayu untuk trivial? Ini juga adalah bukti kepada hakikat bahawa matematik dan sains pada masa ini telah direkabentuk (designed) untuk ‘dibawa ke mana-mana’ dalam bahasa Inggeris kerana tatabahasanya dan tatacaranya telah di‘disiplin’kan dengan ketat oleh pencipta-pencipta ilmu itu sendiri.
iii) tahukah pembaca, untuk memahami sesuatu ilmu melalui pembacaan, adalah tidak cukup dengan hanya membaca sebuah buku? Kita perlu membaca beberapa buah buku ‘serentak’ dan membuat perbandingan antara buku-buku tersebut. Ini kerana, hanya dengan mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara fakta-fakta dan formula-formula, barulah kita mendapat kefahaman yang sebenar tentang subjek yang sedang kita pelajari. Maka, bukan sebuah malah berpuluh buah buku dari genre yang sama perlu kita terjemahkan dan bukankah ini akan mengambil masa yang lama? Dan bukankah dalam masa lima tahun telefon bimbit telah berevolusi dengan drastiknya seperti yang telah kita bincangkan di atas. Sekali lagi saya nyatakan, kita tidak lagi mempunyai masa dan itulah masalah kita yang utama.

Oleh itu, dalam konteks perbincangan di atas, saya amat menyokong PPSMI. Ini kerana, polisi tersebut sebenarnya menyediakan pelajar-pelajar kita kearah pembelajaran kendiri. Pelajar-pelajar kita akan mampu membaca buku-buku yang berkaitan sebelum memasuki kuliah dan apatah lagi selepas kuliah. Pelajar kita akan mampu mencari dan memahami idea-idea terkini tanpa perlu terlalu bergantung dengan guru-guru dan pensyarah-pensyarah. Dan insyaAllah, akan wujud insan-insan istimewa yang tercungkil bakatnya sehingga memenangi Anugerah Nobel Fizik hasil dari fenomena pembelajaran kendiri ini kerana sejarah telah membuktikan ramai saintis agung seperti Albert Einstein, Feynman, John Nash dan Arthur Eddington adalah self-leaners.

Pengalaman saya sendiri ketika menduduki ijazah pertama tidaklah begitu membanggakan. Pada zaman saya, kami hanya membaca nota-nota kuliah pensyarah kami dan bukan buku-buku teks yang sepatutnya. Walaupun ada pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini seperti sikap dan keadaan sekeliling, tetapi tidak dapat dinafikan kekurangan kami dalam memahami bahasa Inggeris adalah penghalang utama bagi kami untuk membaca buku-buku yang lebih bersesuaian (appropriate) walaupun buku-buku ini berlambak di perpustakaan. Tetapi, pasti akan ada yang mempersoalkan, ‘kenapa generasi saya masih berjaya sehingga ke hari ini sedangkan kami mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu?’. Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu kembali kepada permasalahan telefon bimbit berkamera yang telah saya bangkit diawal penulisan ini. Apa yang kita maksudkan dengan berjaya? Adakah ia bermaksud berjaya membeli telefon-telefon bimbit itu atau berjaya mencipta telefon-telefon bimbit itu? Pepatah Melayu klasik ada mengatakan, tepuk dada tanyalah selera tetapi pepatah Melayu moden pula mengatakan, lu pikir la sendiri!

Pengalaman saya ketika di Imperial College pula menambahkan lagi kerisauan saya. Di mana-mana sahaja saya melihat orang membaca buku. Baru saya tersedar, untuk saya maju di persada antarabangsa, tidak dapat tidak, ada buku-buku yang wajib saya baca, fahami dan habiskan iaitu buku-buku yang boleh saya ‘bualkan’ untuk melayakkan saya duduk semeja dengan ahli-ahli akademik ini. Kata lainnya, jika anda tidak memahami buku-buku tertentu bermakna anda tidak cukup pandai dan akibatnya, anda akan dipandang rendah dan seterusnya tidak layak bergaul dengan mereka. Oleh itu, saya telah bertekad untuk mula membaca dan buku yang ingin saya takluki ketika itu bertajuk Finite Element Procedure yang ditulis oleh Klaus Jurgen Bathe, seorang professor kejuruteraan mekanikal di MIT. Hasilnya, saya adalah antara pelajar PhD yang paling dihormati di jabatan saya ketika itu (untuk pengesahan, sila hubungi penyelia saya yang juga Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Imperial College, Professor David A. Nethercot). Dan percayalah, buku yang setebal 1037 mukasurat ini amatlah sukar untuk dibaca apatah lagi untuk difahami matematik dan hujahan saintifiknya jika tidak dibekalkan dengan kemahiran bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan semua, selepas hampir 4 tahun saya membaca, saya masih belum memahaminya seratus peratus dan sehingga kini saya masih membacanya!

Memang benar saya akhirnya berjaya mendapat PhD daripada Imperial College walaupun saya dididik pada awalnya tanpa PPSMI. Tetapi tahukah pembaca betapa peritnya dan payahnya saya dalam menelaah buku-buku, kertas-kertas jurnal yang semuanya dalam bahasa Inggeris. Betapa sengsaranya saya untuk menulis artikel-artikel dan tesis dalam bahasa Inggeris. Betapa tebalnya muka saya berinteraksi dengan ahli-ahli akademik antarabangsa dalam keadaan serba kekurangan seperti itik dan ayam, terutamanya pada awal perkenalan kami. Memang benar saya telah mengharungi semua ini dengan jayanya tetapi percayalah, tidak ramai umat Malaysia yang hatinya ‘sekering’ saya dan ‘senasib baik’ seperti saya. Sebenarnya, kesusahan yang tidak efisien yang telah saya lalui tidak perlu berulang lagi pada anak-anak kita jika kita teruskan PPSMI. Peganglah pada pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Untuk pengetahuan semua, dewasa ini institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia sedang mengalami proses pengantarabangsaan. Antara proses yang terlibat adalah usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk datang belajar ke negara ini. Dalam mencapai matlamat ini, adalah menjadi keperluan bagi fakulti-fakulti untuk menyediakan kuliah dan nota-nota dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, dua kuliah yang sedang saya berikan berlangsung seratus peratus dalam bahasa Inggeris kerana terdapat pelajar-pelajar luar negara yang menghadiri kelas-kelas tersebut. Maka, berdasarkan scenario ini, tidakkah agak janggal untuk kita menghapuskan PPSMI yang telah berlangsung selama enam tahun sedangkan universiti-universiti kita sedang bergerak dalam arah yang bertentangan, iaitu transformasi seratus-peratus kepada bahasa Inggeris? Tidakkah kita sedang menghadapi konflik keinginan (conflict of interest) dalam perkara ini.

Akan ada yang mempersoalkan “kenapa tidak kita wajibkan sahaja pelajar-pelajar luar negara ini untuk mempelajari Bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian mereka di negara kita?” Untuk persoalan ini, ingin saya nyatakan bahawa universiti-universiti kita belum cukup kukuh dan ternama untuk kita berkeras (insist) pada perkara-perkara sebegini. Secara tidak langsung, jawapan ini juga adalah satu lagi bukti kepada betapa kita perlu menghasilkan ilmu-ilmu kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita bertegas (insist) pada perkara-perkara yang lebih sentimen dan romantik seperti hak penggunaan bahasa dan sebagainya.

Mungkin ada yang menyangkal dengan mengatakan hujah-hujah saya di atas hanya melibatkan pengajian peringkat tinggi sahaja lantas hanya relevan untuk bidang penyelidikan dan pengajian sarjana atau PhD di unvisersiti-universiti. Baiklah, biar saya panjangkan lagi hujahan saya agar meliputi scenario yang lebih am iaitu di peringkat professional dan industri. Percayakah pembaca jika saya katakan, di negara-negara maju, masyarakatnya tidak pernah berhenti belajar. Seorang jurutera di negara maju akan terus membaca kertas-kertas jurnal yang terkini semata-mata untuk memastikan beliau tidak ketinggalan dengan arus perubahan. Selain itu, pembelajaran peringkat industri tetap berjalan dalam bentuk konferen, konvensyen, seminar dan persidangan meja bulat. Bukankah acara-acara sebegini memerlukan seseorang ahli professional itu terus membaca kertas-kertas teknikal, mempertahankan hujah-hujah dan memenangi perdebatan? Dan bukankah acara-acara ini, yang dihadiri oleh individu-individu dan organisasi-organisasi antarabangsa, semuanya dilangsungkan dalam bahasa Inggeris? Dan bukankah perkara-perkara yang didebatkan semuanya berkisar kepada penyelesaian-penyelesaian saintifik dan matematik terbaru didalam bidang tersebut? Di manakah agaknya kedudukan professional dan jurutera kita di dalam persidangan tersebut jika kita terus menggunakan ‘pengamiran’ untuk menggantikan integration. Dan apakah input yang dapat dihadam dan keberkesanan yang dapat diperoleh oleh professional dan jurutera kita jika perdebatan-perdebatan yang telah berlangsung dengan rancaknya tidak dapat mereka ikuti semata-mata disebabkan kekurangan mereka dalam memahami perkara-perkara teknikal yang telah disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Dan jika ada pula yang menyatakan apa perlu kita berurusan dengan individu-indvidu dan organisasi-organisasi antarabangsa tatkala kita boleh membina industri kita sendiri?, satu sahaja jawapan saya, fahamilah maksud dan fenomena yang dipanggil globalisasi. Ia adalah satu keadaan di mana kerajaan-kerajaan semakin hilang kekuasaannya dalam membuat keputusan berkenaan hal-ehwal negaranya sendiri. Dasar tutup pintu bukan lagi suatu pilihan. Sempadan negara-negara akan dibuka. Syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja asing boleh menembusi dan memasuki pasaran mana-mana negara. Dan, walaupun anak-anak kita, secara teorinya, boleh menembusi pasaran di Amerika Syarikat, tetapi persoalannya, siapa yang hendak mengambil anak-anak kita bekerja atau menjadi rakan kongsi jika ilmu sains dan matematik mereka jauh ketinggalan? Dan, bila tiba saat itu, bersedialah kita untuk dipersalahkan, “kenapa 25 tahun dahulu emak dan ayah menolak PPSMI, kenapa?!!!”. Wallahualam.